Assalamualaikum w.b.t.
Di sini jadual untuk sesiapa yang nak cuba menghafal Al-Quran sebagai cadangan. Tapi sebelum mula buat jadual anda, sebaiknya tentukan jumlah masa yang boleh dikhaskan untuk menghafal setiap hari.
#1 Pelajar hafiz: Kumpulan ini biasanya ada sekitar 10 jam sehari untuk hafalan. Katakan 5, 25 dan 50 minit masing² diguna untuk tasmi' (baca depan guru), maka baki 8 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. Anggaran sesi dan jumlah masa seperti berikut:-
1. Sebelum subuh - 1 jam
2. Selepas subuh - 1 jam
3. Selepas sarapan - 3 jam
4. Selepas zohor - 2 jam setengah
5. Sebelum maghrib - 1 jam
6. Selepas maghrib - Setengah jam
7. Selepas isya' - 1 jam
#2 Lain² ( 6 jam ): Mereka yang boleh luangkan 6 jam sehari ada lebih kurang 4 jam 40 minit untuk bacaan sendiri.
#3 Lain² ( 4 jam ): Untuk 4 jam, masa hanya 2 jam 40 minit.

Jadual:
Kaedah 1; 10 jam - Katakan hafalan baru (HB) ambil masa 90 minit untuk semuka; ulangan baru ( UB ) 15 minit semuka; ulangan lama (UL) 10 minit semuka, maka jumlah masa untuk 1 HB + 10 UB + 20 UL ialah 7 jam 20 minit. Dalam kaedah ini, letak 1 HB dalam sesi 5 dan 6; 10 UB dalam sesi 7, 1 dan 2; 20 UL dalam sesi 3 dan 4. Jumlah masa ini tambah masa tasmi' ialah 8 jam 40 minit. Berbaki 1 jam 20 minit.
Kaedah 1; 6 jam - HB 1 muka 1 jam 30 minit; UB 7 muka 1 jam 45 minit; UL 10 muka 1 jam 40 minit. Jumlahnya 4 jam 55 minit. Anggaran masa tasmi' 1 jam. Berbaki 5 minit. ( Jadual sesi fleksibel bergantung jenis pekerjaan ).
Kaedah 1; 4 jam - HB ½ muka 45 minit; UB 4 muka 1 jam; UL 6-7 muka ±1 jam 10 minit. Jumlah 2 jam 55 minit. Tasmi' 45 minit. Berbaki 20 minit. ( Juga jadual fleksibel ).

Sekian jadual asas hafalan Al-Quran kepada sesiapa sahaja termasuk penghafal sambilan. Kaedah² lain akan ikut belakang, InsyaAllah. Selamat mencuba!
Jadual di bawah ini mungkin berguna kalau anda tak faham mana² perkataan dalam catatan kali ini.

No. | Perkataan | Mula disebut | Maksud saya |
---|---|---|---|
1. | tasmi' | Pos ini | Ke glosari |
2. | HB | Pos ini | Ke glosari |
3. | UB | Pos ini | Ke glosari |
4. | UL | Pos ini | Ke glosari |
5. | sesi | Pos ini | Ke glosari |
6. | Kaedah 1 | Pos ini | Ke glosari |
Ulasan
Catat Ulasan