ππHaii!!
Assalamualaikum wbt.
APA ITU SABA'?
Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'.
APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?
Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran.
1. Saba': Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar).
2. Sabki: Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terdekat, seperti 5 hari atau 10 hari lepas. Sabki ialah gabungan beberapa Saba' menjadi satu.
3. Manzil: Ulangan lama. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru, dan telah dibaca dalam ulangan terbaru (sabki) sebanyak beberapa kali. Bilangan paling kurang sebelum sesuatu ayat menjadi manzil berbeza antara satu guru dengan yang lain. Jumlah ayat dalam manzil biasanya ½ juzuk, 1 juzuk atau lebih.
Itu sahaja istilah-istilah khas yang mudah untuk anda fahami sebagai pemula dalam menghafal Al-Quran. Dengan itu, dapatlah bermula langkah pertama anda dalam menghafal Al-Quran. Janganlah sedih-sedih lagi ya.. ππ
Assalamualaikum wbt.
Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula..
π’π’π’π’
Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia.APA ITU SABA'?
Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'.
APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?
Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran.
1. Saba': Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar).
2. Sabki: Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terdekat, seperti 5 hari atau 10 hari lepas. Sabki ialah gabungan beberapa Saba' menjadi satu.
3. Manzil: Ulangan lama. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru, dan telah dibaca dalam ulangan terbaru (sabki) sebanyak beberapa kali. Bilangan paling kurang sebelum sesuatu ayat menjadi manzil berbeza antara satu guru dengan yang lain. Jumlah ayat dalam manzil biasanya ½ juzuk, 1 juzuk atau lebih.
Itu sahaja istilah-istilah khas yang mudah untuk anda fahami sebagai pemula dalam menghafal Al-Quran. Dengan itu, dapatlah bermula langkah pertama anda dalam menghafal Al-Quran. Janganlah sedih-sedih lagi ya.. ππ
Ulasan
Catat Ulasan