- hafiz: Penghafal Al-Quran samada yang menghafal sepenuh masa atau menghafal secara sambilan. Kadang² maksud saya ialah yang dah tamat hafalan 30 juzu'. Jadi ada 3 kemungkinan di situ, so fikirlah sendiri mana yang sesuai. Takpun tanya je dalam komen.
- tahfiz: Maksud saya ialah aktiviti dan lain² yang berkaitan dengan hafalan Al-Quran. Contohnya aliran tahfiz, guru tahfiz dan madrasah tahfiz. Tambahan: (Madrasah) Tahfiz berbeza dengan pondok. Perbezaan utama ialah fokus tahfiz ialah menghafal Al-Quran dan fokus pondok ialah belajar fardhu 'ain. Walaupun begitu, ada pelajar pondok yang menghafal Al-Quran dan ada pelajar tahfiz yang belajar fardhu ain.
- tasmi: Maknanya memperdengarkan bacaan kepada guru/pendengar. Makna ini umum diguna dalam pengajian tahfiz.
- HB: Hafalan baru. Iaitu mukasurat² yang akan/baru dihafal untuk kali pertama.
- UB: Ulangan baru. Iaitu mukasurat² yang telah dihafal dalam masa (lalu) terdekat. Jumlah UB berbeza² untuk setiap orang bergantung arahan guru masing² atau tetapan sendiri jika menghafal tanpa guru. Jumlah biasa ialah sekitar 5 muka (jika HB ½ muka), sekitar 10 muka (jika HB 1 muka) dan 1 juzu' (jika HB 2 muka). Perhatian: Mereka yang menghafal tanpa guru perlu tasmi' kepada orang yang mahir ilmu bacaan Al-Quran.
- UL: Ulangan lama. Iaitu mukasurat² dalam juzu' yang telah dihafal sepenuhnya.
- sesi: Satu tempoh masa yang diguna untuk menghafal atau mengulang.
- Kaedah 1: Kaedah/Sistem asas dalam menghafal Al-Quran. Digunakan di kebanyakan pusat tahfiz tetapi terdapat perbezaan kecil antara satu sama lain. Rujuk pos Jadual Hafalan untuk perincian.
- KP/Kaedah 2: Kaedah Pelupa namanya. Bukan kaedah asas tetapi sangat berbaloi untuk diulang², difahami dan diamalkan.
- P: Apabila selesai hafal satu muka surat, tandakan masa itu sebagai P.
- U1, U2, ...: Ulangan kali pertama selepas P ialah U1, kali kedua ialah U2, dan begitulah seterusnya.
- M1, M2, ...: M1 ialah masa antara P dan U1, M2 ialah masa antara U1 dan U2, dan begitulah seterusnya.
- Hafiz: Nama saya Hafiz. (Tapi bukan nama sebenar. Hee..)
- KR: Kaedah Roti. Juga satu kaedah yang mudah dan berkesan. InsyaAllah. Nak cuba?
- K1, K2, ...: Kerja. HB dibahagikan kepada 3 kerja dalam KR. Boleh juga dibahagikan kepada 5 kerja, yang ini akn diterangkan dalam KR2 nanti InsyaAllah.
- S1, S2, ...: S untuk selang. Masa antara setiap K dianggap selang dan ditanda sebagai S.
- KT: Kaedah Tidur. Tidur pun boleh membantu hafalan. Seperti termaktub dalam pos Kaedah Tidur.
🙋🙋Haii!! Assalamualaikum wbt. Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula.. 😢😢😢😢 Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia. APA ITU SABA'? Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'. APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU? Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran. 1. Saba' : Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar). 2. Sabki : Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terde...
Ulasan
Catat Ulasan