Langkau ke kandungan utama

Kaedah 4: Kaedah Tidur

Assalamualaikum w.b.t.
Apa pulaaak.? Kaedah Tidur? Heh.. Ya memperkenalkan Kaedah Tidur khas untuk membantu menyelesaikan masalah sukar ingat hafalan Al-Quran. Ataupun sebenarnya yang dah mudah pun jadi lebih mudah. Teruskan membaca.
Kaedah Tidur (KT) - Kaedah ini ialah pelengkap sebenarnya kepada Kaedah Roti dalam pos sebelum ini. Dalam KR, terdapat selang² masa yang ditandakan sebagai S1, S2 dan seterusnya. Dalam KT, sekarang, akan diterangkan bagaimana menggunakan selang tersebut dengan sebaiknya.
Caranya semudah satu perkataan sahaja iaitu - tidur.
Kenapa? Sebab ingatan manusia dapat diibaratkan seperti span, dan menghafal atau membuat apa² latihan sekalipun, akan membasahkan span tersebut. Sama seperti span sebenar, sampai satu tahap dia takkan boleh lagi menyerap, melainkan kita kena perah dahulu.
Kalau anda buat sedikit pemerhatian, akan didapati penggunaan kaedah ini dah pun ada dalam amalan harian kita. Contoh:
1. Kita sedang buat ulang kaji (atau seumpamanya) masa malam. Katakan kita buat tu tanpa gangguan telepon dan dengan penuh fokus. Pada mulanya semua ok, tapi lama kelamaan otak dah jem, ketat dan penuh. Masa tu yang kita boleh buat tidur saja. Betul tak?
Ya, kaedah ini nampak macam cara orang malas, tapi sebenarnya memang benar lagi terbukti oleh kajian sains. Buktinya, kalau anda tidur ketika itu sekurang²nya 90 minit dan sebanyak²nya 3 atau 4 jam, anda akan dapat kesegaran yang cukup untuk sambung semula tak kira masa itu siang atau malam.
2. Anda memandu selama beberapa jam. Jika anda memandu tanpa henti, atau hanya berhenti sekejap² dan tanpa "tipuan" kafein atau sebarang narkotik, maka hasilnya (apabila sampai) sudah dapat diagak. Anda pasti akan memilih rehat dan tidur, bukan? Maksudnya selepas itu barulah fizikal (dan mental sekali) akan segar dan dapat buat kerja semula seperti span yang dah diperah tadi.
3. Kebanyakan pelajar hafiz mungkin faham ini: Anda menghafal masa malam dan dapat hafal dengan agak baik. Tapi ayat² tersebut tak dapat diingat dengan sempurna. Yang ajaibnya, keesokan pagi mudaah je ayat² tu masuk. Inilah juga kegunaan Kaedah Tidur ini.
Sampai sini sahaja.
Alhamdulillah.
Bai.
   Jadual ini mungkin berguna kalau anda tak faham mana² perkataan dalam catatan kali ini.

No.PerkataanMula disebutMaksud saya
1.hafizPos Idea Hafiz untuk MalaysiaKe glosari
2.KRPos Kaedah 3: Kaedah RotiKe glosari
3.KTPos iniKe glosari

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu Saba'?

🙋🙋Haii!! Assalamualaikum wbt. Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula..   😢😢😢😢 Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia. APA ITU SABA'? Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'. APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU? Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran.  1. Saba' : Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar).   2. Sabki : Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terde...

Jadual hafalan

Assalamualaikum w.b.t.    Di sini jadual untuk sesiapa yang nak cuba menghafal Al-Quran sebagai cadangan. Tapi sebelum mula buat jadual anda, sebaiknya tentukan jumlah masa yang boleh dikhaskan untuk menghafal setiap hari. #1 Pelajar hafiz : Kumpulan ini biasanya ada sekitar 10 jam sehari untuk hafalan. Katakan 5, 25 dan 50 minit masing² diguna untuk tasmi' (baca depan guru), maka baki 8 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. Anggaran sesi dan jumlah masa seperti berikut:- 1. Sebelum subuh - 1 jam 2. Selepas subuh - 1 jam 3. Selepas sarapan - 3 jam 4. Selepas zohor - 2 jam setengah 5. Sebelum maghrib - 1 jam 6. Selepas maghrib - Setengah jam 7. Selepas isya' - 1 jam #2 Lain² ( 6 jam ) : Mereka yang boleh luangkan 6 jam sehari ada lebih kurang 4 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. #3 Lain² ( 4 jam ) : Untuk 4 jam, masa hanya 2 jam 40 minit. Jadual: Kaedah 1 ; 10 jam - Katakan hafalan baru (HB) ambil masa 90 minit untuk semuka; ulangan baru ( UB ) 15 minit semu...

Adab Pembawa Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t. PENGENALAN At-Tibyan fi Adab Hamalatul Quran. Ini kitab karangan Al-Imam An-Nawawi. Al- Imam an-Nawawi ialah seorang sarjana dan pemikir Muslim dalam bidang fiqh dan Hadis. Beliau lahir di Nawa, dekat Damsyik, Syam.   ISI KITAB  Adab. Sesuai dengan nama, isi kitab ini menyentuh dengan penekanan berat bagaimana pembawa Al-Quran mesti beradab dengan Al-Quran.  Kelebihan Al-Quran. Al-Quran sarat dengan kelebihan. Terutama untuk mereka yang mencari keamanan di akhirat.  KESIMPULAN Kitab ini sangat sesuai dijadikan bahan pengajian untuk semua yang mencintai Al-Quran.