Langkau ke kandungan utama

M.A.

Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua?
M.A. ialah kependekan Madrasah Al-Arham. Tetapi, M.A. bukanlah sebuah pusat pendidikan melainkan hanya nama bagi suatu idea atau ilham tentang pendidikan. Khususnya pendidikan islam, pendidikan di Malaysia, pendidikan sepanjang hayat dan integrasi pendidikan. Niat saya ialah
1. berbincang dengan para pembaca tentang kaedah yang paling baik dalam setiap satu dan kesemua 4 perkara khusus di atas,
2. menentukan persediaan paling lengkap untuk laksanakan no. 1,
3. meneruskan perbincangan secara istiqamah untuk masa yang lama supaya idea ini dapat menjadi matang,
4. mengeluarkan hasil terbaik dari perbincangan,
5. menyediakan semua keperluan dalam no. 2 termasuk pasukannya, dan
6. menyediakan diri sendiri untuk ini dan akhirnya melaksanakannya.
   Wow! Seriusnya! Taklah.. ini memang perkara penting dan menarik, tapi hanya nak dibincangkan dengan fakta² ringkas sahaja dan pada tahap pemikiran pemuda² sahaja. 
Caranya ialah saya akan bentangkan tajuk dan pembaca bebas memberi pendapat. Cumanya, buat masa sekarang hanya boleh dengan komen sahaja. InsyaAllah jika ada bantuan akan dibuat bentuk forum seperti forum ni.
  Aa, satu lagi tajuk akan dibentang setiap hari jumaat InsyaAllah. Jadi komen dalam pos M.A. hanya dibaca setakat hari khamis lah kot. Kemudian, hasilnya dikumpul dalam satu page. 
   Harapan saya, semoga ini tak disia²kan dengan komen² merapu dan spam. Dan semoga bermanfaat.
   Pembaca sekalian, pos² Hafiz tentang Al-Quran akan keluar seperti biasa jadi janganlah risau ye! Itu sahaja.
Assalamualaikum w.b.t.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu Saba'?

🙋🙋Haii!! Assalamualaikum wbt. Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula..   😢😢😢😢 Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia. APA ITU SABA'? Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'. APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU? Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran.  1. Saba' : Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar).   2. Sabki : Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terde...

Jadual hafalan

Assalamualaikum w.b.t.    Di sini jadual untuk sesiapa yang nak cuba menghafal Al-Quran sebagai cadangan. Tapi sebelum mula buat jadual anda, sebaiknya tentukan jumlah masa yang boleh dikhaskan untuk menghafal setiap hari. #1 Pelajar hafiz : Kumpulan ini biasanya ada sekitar 10 jam sehari untuk hafalan. Katakan 5, 25 dan 50 minit masing² diguna untuk tasmi' (baca depan guru), maka baki 8 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. Anggaran sesi dan jumlah masa seperti berikut:- 1. Sebelum subuh - 1 jam 2. Selepas subuh - 1 jam 3. Selepas sarapan - 3 jam 4. Selepas zohor - 2 jam setengah 5. Sebelum maghrib - 1 jam 6. Selepas maghrib - Setengah jam 7. Selepas isya' - 1 jam #2 Lain² ( 6 jam ) : Mereka yang boleh luangkan 6 jam sehari ada lebih kurang 4 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. #3 Lain² ( 4 jam ) : Untuk 4 jam, masa hanya 2 jam 40 minit. Jadual: Kaedah 1 ; 10 jam - Katakan hafalan baru (HB) ambil masa 90 minit untuk semuka; ulangan baru ( UB ) 15 minit semu...

Adab Pembawa Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t. PENGENALAN At-Tibyan fi Adab Hamalatul Quran. Ini kitab karangan Al-Imam An-Nawawi. Al- Imam an-Nawawi ialah seorang sarjana dan pemikir Muslim dalam bidang fiqh dan Hadis. Beliau lahir di Nawa, dekat Damsyik, Syam.   ISI KITAB  Adab. Sesuai dengan nama, isi kitab ini menyentuh dengan penekanan berat bagaimana pembawa Al-Quran mesti beradab dengan Al-Quran.  Kelebihan Al-Quran. Al-Quran sarat dengan kelebihan. Terutama untuk mereka yang mencari keamanan di akhirat.  KESIMPULAN Kitab ini sangat sesuai dijadikan bahan pengajian untuk semua yang mencintai Al-Quran.