🙋🙋Haii!!  Assalamualaikum wbt.   Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula..     😢😢😢😢  Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia.  APA ITU SABA'?  Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'.  APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?  Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran.   1. Saba' : Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar).    2. Sabki : Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terde...
 
 
Ulasan
Catat Ulasan