Langkau ke kandungan utama

Sekilas kehidupan hafiz (versi pelajar)

Assalamualaikum w.b.t.

Kisah Hafiz (dan kawan²) semasa dalam Pengajian

   Kami bangun jam 4.30 pagi. Tak mengejutkan untuk pelajar² hafiz, bukan? Mesti mandi masa tu, kalau tak mungkin tak ada mandi dah untuk pagi tu. Kelas pagi sebelum subuh selalunya kami guna untuk lancarkan saba'. Saba' tu istilah untuk muka² yg kita sebut HB sebelum ni. Tapi ada saja yang guna sesi tu untuk benda lain, macam para-saba' (UB), manzil (UL) dan ada ja yang tidur. Pukul 5 pagi.. Tak hairanlah kan? Lepas subuh hantar saba'. Tasmi' dengan ustaz. Nama guru saya Ustaz Suhaimi. Selepas hantar saba' ialah suatu masa yang penting, kalau mereka berfikir. Sebabnya ialah di situ ada gabungan masa suasana yang menyegarkan, kemampuan tumpuan tinggi, perut kosong, dan satu lagi sebab*. *Akan diterangkan kemudian. Semua ni sangat membantu ketajaman akal.
   Selepas itu: makan, khidmat kebersihan, solat dhuha, masuk kelas semula untuk UB, dan sebelum habis kelas mesti ulang siap² untuk UL.
   Selesai kelas, makan lagi dan lebih kurang 11.30 kami semua mesti tidur. Bukan sahaja sebab ustaz suruh, tapi kalau tak tidur rasanya siapa² pun takkan dapat tahan lama sepanjang 4 jam lagi kelas hari tu. Mm, sebenarnya ada penjelasan saintifik untuk ini, tapi nak terangkan di sini.. mungkin lain kali lah kot.
   Sejam lepas tu, bangun, mandi, solat dan masuk kelas. Kelas petang ni tempoh biasa dia 2 jam setengah, dengan sejam tanpa ustaz. Bila ustaz datang kami pun duduk depan ustaz dan baca manzil (UL) kami, 4 atau 5 orang satu masa. 
   Sebelum maghrib buatlah pilihan nak makan atau lancarkan hafalan. Sebabnya kelas bebas di masjid. Selepas maghrib hingga isya' di madrasah, selepas isya' di masjid semula tapi kali ini dengan pengawasan ustaz. Sebelum tamat, Surah Al-Waqi'ah dibaca beramai². 
   Makan malam selalunya roti. Roti planta, roti kering (biskut), dan kadang tu roti canai pun ada. Jarang² sekali adalah bubur atau makanan lain. Akhir sekali sebelum tidur ada masa cukup² saja untuk gosok gigi dan lain².
   Jumlah masa dengan Al-Quran dalam sehari lebih kurang 10 jam, masa tidur  6 jam lebih, dan selebihnya lain².
   Demikian sedikit gambaran tentang kehidupan pengajian tahfiz tradisional yang banyak berlaku di Malaysia. Sudah tentulah ada variasi²nya, tapi inilah asasnya.
   Bermanfaatkah? Silakan nyatakan pendapat anda.
   Untuk pos akan datang, InsyaAllah tajuknya sedikit berbeza. Harap semua suka. ~senyum~
   Jadual ini mungkin berguna kalau anda tak faham mana² perkataan dalam catatan kali ini.

No.PerkataanMula disebutMaksud saya
1.HafizPos PengenalanKe glosari
1.hafizPos Idea Hafiz untuk MalaysiaKe glosari
1.HBPos Jadual HafalanKe glosari
1.UBPos Jadual HafalanKe glosari
1.ULPos Jadual HafalanKe glosari
tasmi'Pos Jadual HafalanKe glosari

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu Saba'?

🙋🙋Haii!! Assalamualaikum wbt. Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula..   😢😢😢😢 Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia. APA ITU SABA'? Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'. APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU? Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran.  1. Saba' : Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar).   2. Sabki : Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terde...

Jadual hafalan

Assalamualaikum w.b.t.    Di sini jadual untuk sesiapa yang nak cuba menghafal Al-Quran sebagai cadangan. Tapi sebelum mula buat jadual anda, sebaiknya tentukan jumlah masa yang boleh dikhaskan untuk menghafal setiap hari. #1 Pelajar hafiz : Kumpulan ini biasanya ada sekitar 10 jam sehari untuk hafalan. Katakan 5, 25 dan 50 minit masing² diguna untuk tasmi' (baca depan guru), maka baki 8 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. Anggaran sesi dan jumlah masa seperti berikut:- 1. Sebelum subuh - 1 jam 2. Selepas subuh - 1 jam 3. Selepas sarapan - 3 jam 4. Selepas zohor - 2 jam setengah 5. Sebelum maghrib - 1 jam 6. Selepas maghrib - Setengah jam 7. Selepas isya' - 1 jam #2 Lain² ( 6 jam ) : Mereka yang boleh luangkan 6 jam sehari ada lebih kurang 4 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. #3 Lain² ( 4 jam ) : Untuk 4 jam, masa hanya 2 jam 40 minit. Jadual: Kaedah 1 ; 10 jam - Katakan hafalan baru (HB) ambil masa 90 minit untuk semuka; ulangan baru ( UB ) 15 minit semu...

Adab Pembawa Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t. PENGENALAN At-Tibyan fi Adab Hamalatul Quran. Ini kitab karangan Al-Imam An-Nawawi. Al- Imam an-Nawawi ialah seorang sarjana dan pemikir Muslim dalam bidang fiqh dan Hadis. Beliau lahir di Nawa, dekat Damsyik, Syam.   ISI KITAB  Adab. Sesuai dengan nama, isi kitab ini menyentuh dengan penekanan berat bagaimana pembawa Al-Quran mesti beradab dengan Al-Quran.  Kelebihan Al-Quran. Al-Quran sarat dengan kelebihan. Terutama untuk mereka yang mencari keamanan di akhirat.  KESIMPULAN Kitab ini sangat sesuai dijadikan bahan pengajian untuk semua yang mencintai Al-Quran.