Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Apa itu Saba'?

🙋🙋Haii!! Assalamualaikum wbt. Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula..   😢😢😢😢 Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia. APA ITU SABA'? Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'. APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU? Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran.  1. Saba' : Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar).   2. Sabki : Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terde...

Adab Pembawa Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t. PENGENALAN At-Tibyan fi Adab Hamalatul Quran. Ini kitab karangan Al-Imam An-Nawawi. Al- Imam an-Nawawi ialah seorang sarjana dan pemikir Muslim dalam bidang fiqh dan Hadis. Beliau lahir di Nawa, dekat Damsyik, Syam.   ISI KITAB  Adab. Sesuai dengan nama, isi kitab ini menyentuh dengan penekanan berat bagaimana pembawa Al-Quran mesti beradab dengan Al-Quran.  Kelebihan Al-Quran. Al-Quran sarat dengan kelebihan. Terutama untuk mereka yang mencari keamanan di akhirat.  KESIMPULAN Kitab ini sangat sesuai dijadikan bahan pengajian untuk semua yang mencintai Al-Quran.