Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Kaedah Tulisan

Assalamualaikum w.b.t.    Al-Quran kalau ditulis akan lebih mudah diingat.    Pernah dengar kan perkataan macam ni? Betulkah atau sekadar cakap² kosong sahaja? Mari kita tengok.    Dalam sejarah tamadun manusia, kita dapati dalam banyak tamadun terdapat sistem tulisan tersendiri. Tetapi, pastinya bukan kesemua orang dapat membaca bukan? Bahkan ada masyarakat yang tak menggunakan langsung sebarang sistem tulisan. Jadi, apa yang timbul dalam fikiran ketika mereka bercakap? Jawapannya: gambar. Baiklah.    Oleh sebab itu, otak manusia telah berkembang dengan sangat baik dalam mengingat gambar. Kadang-kadang jauh lebih baik kalau nak dibandingkan dengan idea² abstrak dan terjemahan.    Seterusnya, mereka yang menulis Al-Quran sebenarnya sedang membantu otak mengingat hafalan tersebut dengan gambar. Gambar apa? Iaitu gambar tulisan arab dalam Al-Quran itu. Pembaca semua, saya sendiri juga menggunakan cara ini dan ia banyak membantu. ...

M.A.

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? M.A. ialah kependekan Madrasah Al-Arham. Tetapi, M.A. bukanlah sebuah pusat pendidikan melainkan hanya nama bagi suatu idea atau ilham tentang pendidikan. Khususnya pendidikan islam, pendidikan di Malaysia, pendidikan sepanjang hayat dan integrasi pendidikan. Niat saya ialah 1. berbincang dengan para pembaca tentang kaedah yang paling baik dalam setiap satu dan kesemua 4 perkara khusus di atas, 2. menentukan persediaan paling lengkap untuk laksanakan no. 1, 3. meneruskan perbincangan secara istiqamah untuk masa yang lama supaya idea ini dapat menjadi matang, 4. mengeluarkan hasil terbaik dari perbincangan, 5. menyediakan semua keperluan dalam no. 2 termasuk pasukannya, dan 6. menyediakan diri sendiri untuk ini dan akhirnya melaksanakannya.    Wow! Seriusnya! Taklah.. ini memang perkara penting dan menarik, tapi hanya nak dibincangkan dengan fakta² ringkas sahaja dan pada tahap pemikiran pemuda² sahaja.  Caranya ial...

Sekilas kehidupan hafiz (versi pelajar)

Assalamualaikum w.b.t. Kisah Hafiz (dan kawan²) semasa dalam Pengajian    Kami bangun jam 4.30 pagi. Tak mengejutkan untuk pelajar² hafiz, bukan? Mesti mandi masa tu, kalau tak mungkin tak ada mandi dah untuk pagi tu. Kelas pagi sebelum subuh selalunya kami guna untuk lancarkan saba'. Saba' tu istilah untuk muka² yg kita sebut HB sebelum ni. Tapi ada saja yang guna sesi tu untuk benda lain, macam para-saba' (UB), manzil (UL) dan ada ja yang tidur. Pukul 5 pagi.. Tak hairanlah kan? Lepas subuh hantar saba'. Tasmi' dengan ustaz. Nama guru saya Ustaz Suhaimi. Selepas hantar saba' ialah suatu masa yang penting, kalau mereka berfikir. Sebabnya ialah di situ ada gabungan masa suasana yang menyegarkan, kemampuan tumpuan tinggi, perut kosong, dan satu lagi sebab*. *Akan diterangkan kemudian. Semua ni sangat membantu ketajaman akal.    Selepas itu: makan, khidmat kebersihan, solat dhuha, masuk kelas semula untuk UB, dan sebelum habis kelas mesti ulang siap²...