🙋🙋Haii!! Assalamualaikum wbt. Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula.. 😢😢😢😢 Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia. APA ITU SABA'? Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'. APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU? Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran. 1. Saba' : Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar). 2. Sabki : Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terde...
Ulasan
Catat Ulasan