Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Otak

 Assalamualaikum w.b.t. Otak ialah organ yang semua orang faham kepentingannya. Yang tak semua orang faham ialah bagaimana cara dia berfungsi. Saya pun.. cuma dalam menjadi penghafal, kenalah juga tahu mekanisma kerjanya atau senang cakap tips and tricks berkenan otak ni.    1. Otak ialah organ, bermakna dia terdiri dari beberapa sistem. Kalau nak faham, kenalah faham satu atau lebih sistem ni secara berasingan, dan macamana nak guna sepenuhnya setiap satu tu.    I. Nak sistem peredaran darah okay, kenalah minum air bagi cukup, makan gula sederhana saja, dan banyakkan hirup udara segar iaitu yang kaya oksigen macam bawah pokok dan waktu awal pagi.    II. Sistem saraf pulak terkenal dengan pengangkutan maklumat dalam badan, termasuk maklumat memori. Yang kita perlu faham, a. setiap sel saraf bekerja secara sehala, macam wayar dalam litarnya. Jadi, perlu berhati-hati jangan silap langsung pada peringkat awal supaya maklumat tak pergi ke ...

Kaedah 4: Kaedah Tidur

Assalamualaikum w.b.t. Apa pulaaak.? Kaedah Tidur? Heh.. Ya memperkenalkan Kaedah Tidur khas untuk membantu menyelesaikan masalah sukar ingat hafalan Al-Quran. Ataupun sebenarnya yang dah mudah pun jadi lebih mudah. Teruskan membaca. Kaedah Tidur ( KT ) - Kaedah ini ialah pelengkap sebenarnya kepada Kaedah Roti  dalam pos sebelum ini. Dalam KR, terdapat selang² masa yang ditandakan sebagai S1, S2 dan seterusnya. Dalam KT, sekarang, akan diterangkan bagaimana menggunakan selang tersebut dengan sebaiknya. Caranya semudah satu perkataan sahaja iaitu - tidur. Kenapa? Sebab ingatan manusia dapat diibaratkan seperti span, dan menghafal atau membuat apa² latihan sekalipun, akan membasahkan span tersebut. Sama seperti span sebenar, sampai satu tahap dia takkan boleh lagi menyerap, melainkan kita kena perah dahulu. Kalau anda buat sedikit pemerhatian, akan didapati penggunaan kaedah ini dah pun ada dalam amalan harian kita. Contoh: 1. Kita sedang buat ulang kaji (atau seumpamanya...

Kaedah 3: Kaedah Roti

Assalamualaikum w.b.t.    Menurut Dr. Douglas Fields, salah satu cara belajar paling berkesan ialah dengan buat latihan sebanyak tiga kali dengan rehat selama 10 minit antara setiap latihan. Beliau ialah seorang saintis yang bertugas di Maryland, USA dan beliau sendiri mengamalkan cara ini.    Dan, kaedah yang nak diceritakan di sini pun menggunakan cara yang hampir sama dan bahkan lebih sesuai untuk hafalan Al-Quran. Begini.. Kaedah Roti (KR)- Dalam KR ini fokus kita ialah kepada hafalan dan bukan ulangan. Katakan masa menghafal semuka ialah 90 minit. Biasanya, kita akan meluangkan 90 minit sekali gus untuk selesaikan hafalan. Tetapi dalam KR, kita membahagikan hafalan kepada 3 kerja dan dibuat dalam 3 kali. Contoh 1: 1. Baca pada waktu pagi. Belum perlu menghafal. Tandakan pagi sebagai K1. 2. Hafal setiap ayat pada waktu tengahari atau petang. Tak perlu menggabungkan menjadi semuka. Ini K2. 3. Hafal semula setiap ayat dan gabungkan menjadi semuka pada wa...

Kasih lewat perkenalan, sayang pengenalan lewat

Assalamualaikum w.b.t. Ini suatu pengenalan. Nama saya ialah Hafiz, dan saya menghafal Al-Quran. Anda sedang membaca blog saya dan saya pula sedang membantu anda mendekati Al-Quran. Idea yang saya suka ialah idea jenis benar dan wajar, tetapi saya percaya akan keberkatan. Contohnya: Pilih teknik yang terbaik, penuhi keperluan diri dengan seimbang, dan tekankan kepentingan mengulang selepas menghafal. Lebih daripada itu, adalah pemberian Allah kepada siapa yang Dia kehendaki. Itu sahaja sebahagian diri dan idea saya. Itu sahaja.    Jadual ini mungkin berguna kalau anda tak faham mana² perkataan dalam catatan kali ini. No. Perkataan Mula disebut Maksud saya 1. Hafiz Pos ini Ke glosari

Sedikit motivasi

Assalamualaikum w.b.t. Pada suatu masa, ada sepasang suami isteri yang hidup bersama di sebuah kampung. Kehidupan mereka serba kekurangan; rumah mereka tak diisi oleh satu pun perabot atau hiasan.    Alkisah suatu hari si suami pergi ke pasar untuk membeli ikan. Sebelum dapat membeli ikan, dia ternampak mushaf Al-Quran ada dijual. Entah bagaimana, dia tak jadi mendapatkan ikan, tetapi malah menukar wangnya dengan mushaf itu.    Satu lagi masalah, yang baru dia sedar bila sampai di rumahnya: dia tak ada tempat untuk meletakkan naskhah Al-Quran tadi. Akhirnya, keputusan suami isteri ini ialah memegang sendiri Al-Quran itu. Mereka kekal dalam keadaan ini sepanjang malam. Seorang berjaga, seorang tidur. Begitulah sebaliknya secara bergilir². Tujuan mereka supaya tidaklah mushaf itu diletakkan di atas lantai, yang mana tak layak dengan kemuliaan Al-Quran itu sendiri. Akhirnya, Allah menjadikan suami isteri ini ingat dengan sempurna keseluruhan isi Al-Quran hanya d...

Kaedah 2: Kaedah Pelupa

Assalamualaikum w.b.t. Kaedah 1 dalam tulisan sebelum ini ialah sistem asas dalam kebanyakan pengajian tahfiz Malaysia. Jika kita pergi lebih jauh lagi, maka akan didapati ramai pelajar yang mempunyai variasi tertentu dalam perincian cara hafalan mereka. Kaedah Pelupa ( KP ) - Kaedah Pelupa bukanlah kaedah yang menjadikan kita pelupa, tetapi adalah cara memahami apakah yang dialami si pelupa. Kegunaannya begini: Katakan saat pertama anda berjaya menghafal suatu muka surat sebagai "P", dan setiap kali ulangan sebagai "U". Jika anda mengulang sebanyak 10 kali, tandakan sebagai U1-10. Tandakan juga masa antara P dengan U1 sebagai M1, jarak antara U1 dengan U2 sebagai M2, dan begitulah seterusnya. Asas Kaedah Pelupa ialah: semakin kecil angka pada M, semakin singkat masa yang diambil untuk hafalan hilang dari ingatan. Katakan pula anda menghafal muka pertama surah An-Naba' pada pagi 8 Jun, maka adalah baik untuk meletakkan U1 pada tengahari, U2 pada mal...

Jadual hafalan

Assalamualaikum w.b.t.    Di sini jadual untuk sesiapa yang nak cuba menghafal Al-Quran sebagai cadangan. Tapi sebelum mula buat jadual anda, sebaiknya tentukan jumlah masa yang boleh dikhaskan untuk menghafal setiap hari. #1 Pelajar hafiz : Kumpulan ini biasanya ada sekitar 10 jam sehari untuk hafalan. Katakan 5, 25 dan 50 minit masing² diguna untuk tasmi' (baca depan guru), maka baki 8 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. Anggaran sesi dan jumlah masa seperti berikut:- 1. Sebelum subuh - 1 jam 2. Selepas subuh - 1 jam 3. Selepas sarapan - 3 jam 4. Selepas zohor - 2 jam setengah 5. Sebelum maghrib - 1 jam 6. Selepas maghrib - Setengah jam 7. Selepas isya' - 1 jam #2 Lain² ( 6 jam ) : Mereka yang boleh luangkan 6 jam sehari ada lebih kurang 4 jam 40 minit untuk bacaan sendiri. #3 Lain² ( 4 jam ) : Untuk 4 jam, masa hanya 2 jam 40 minit. Jadual: Kaedah 1 ; 10 jam - Katakan hafalan baru (HB) ambil masa 90 minit untuk semuka; ulangan baru ( UB ) 15 minit semu...

Cara-cara menghafal Al-Quran

    Assalamualaikum w.b.t.    Aliran pengajian tahfiz semakin jadi pilihan ibu bapa di Malaysia; bahkan sistem ini boleh disebut satu fenomena terutama selepas tragedi Madrasah Ittifaqiah di Kuala Lumpur.    Pemerhatian saya pada sekitar 2018: Sangat banyak ibu ayah yang menghantar anak ke tempat ini, dan mahu anak hafal Al-Quran; ramai pelajar yang tamat pengajian, dan terus mengajar hingga tak sempat tambah ilmu; guru-guru terima ramai pelajar, tetapi lebih banyak lagi yang tak dapat tempat belajar dalam sistem hafalan ini.    Di sini nak dikongsi sebuah  sistem, kerana dengan limpahan begini, kekurangan pengurusan memang tak boleh ditolak ansur.    Jadual ini mungkin berguna kalau anda tak faham mana² perkataan dalam catatan kali ini. No. Perkataan Mula disebut Maksud saya 1. tahfiz Pos ini Ke glosari

Idea Hafiz untuk Malaysia

UNTUK HUFFAZ MALAYSIA. Assalamualaikum w.b.t.    Pertama, blog ini adalah catatan untuk penulis sendiri tentang Al-Quran.     Kedua, dan yang pentingnya nota ini untuk bacaan, fikiran dan ruang pendapat semua pembaca hafiz atau bukan hafiz.    Ketiga, dan yang terakhirnya, idea² lain juga bakal ada dalam blog ini.    #greeting_early_readers_:) Jadual ini mungkin berguna kalau anda tak faham mana² perkataan dalam catatan kali ini. : No. Perkataan Mula disebut Maksud saya 1. hafiz Pos ini Ke glosari