Assalamualaikum w.b.t.
Kaedah 1 dalam tulisan sebelum ini ialah sistem asas dalam kebanyakan pengajian tahfiz Malaysia. Jika kita pergi lebih jauh lagi, maka akan didapati ramai pelajar yang mempunyai variasi tertentu dalam perincian cara hafalan mereka.
Kaedah Pelupa (KP) - Kaedah Pelupa bukanlah kaedah yang menjadikan kita pelupa, tetapi adalah cara memahami apakah yang dialami si pelupa. Kegunaannya begini: Katakan saat pertama anda berjaya menghafal suatu muka surat sebagai "P", dan setiap kali ulangan sebagai "U". Jika anda mengulang sebanyak 10 kali, tandakan sebagai U1-10. Tandakan juga masa antara P dengan U1 sebagai M1, jarak antara U1 dengan U2 sebagai M2, dan begitulah seterusnya.
Asas Kaedah Pelupa ialah: semakin kecil angka pada M, semakin singkat masa yang diambil untuk hafalan hilang dari ingatan.
Katakan pula anda menghafal muka pertama surah An-Naba' pada pagi 8 Jun, maka adalah baik untuk meletakkan U1 pada tengahari, U2 pada malamnya, U3 pada pagi 9 Jun, U4 pada malamnya, U5 pada petang atau malam 10 Jun, U6 pada 12 Jun, U7 pada 15 Jun, U8 pada 19 Jun, U9 pada 24 Jun dan U10 pada 30 Jun.
Perhatikan bahawa secara kasar M1 lebih singkat berbanding M2, M2 lebih singkat berbanding M3, dan seterusnya.
Penjelasan Kaedah Pelupa: Kaedah ini menjadikan cara kerja sistem perkembangan otak sebagai panduan untuk meletakkan latihan pada masa yang tepat agar hafalan dapat kekal dalam ingatan untuk tempoh lama. Dalam cara biasa, kita cenderung untuk: 1. meletakkan masa latihan terlalu jauh antara satu sama lain pada peringkat awal (M1-4), menyebabkan kesukaran mengingat semula; 2. meletakkan masa latihan terlalu dekat pula antara satu sama lain pada peringkat akhir (M5-10), menyebabkan pembaziran masa.
Bandingkan analogi ini: Dua orang pelajar -A dan B- dengan kebolehan menghafal yang sama akan menduduki ujian hafalan yang sama 7 hari dari sekarang. A menghafal sebanyak 10 kali pada hari ini atau 5 kali masing² pada hari ini dan esok; B pula menghafal 4 kali pada hari ini, 3 pada esok, 2 pada lusa dan sekali pada hari kelima. Pada pendapat anda, siapa yang akan keluar dengan keputusan lebih baik?
Anda tahu jawapannya.
Sekian KP.
Jadual ini mungkin berguna kalau anda tak faham mana² perkataan dalam catatan kali ini.

No. | Perkataan | Mula disebut | Maksud saya |
---|---|---|---|
1. | tahfiz | Pos Cara² menghafal Al-Quran | Ke glosari |
2. | KP | Pos ini | Ke glosari |
1. | P | Pos ini | Ke glosari |
1. | U1, U2, ... | Pos ini | Ke glosari |
1. | M1, M2, ... | Pos ini | Ke glosari |
Ulasan
Catat Ulasan