Assalamualaikum w.b.t.
Pada suatu masa, ada sepasang suami isteri yang hidup bersama di sebuah kampung. Kehidupan mereka serba kekurangan; rumah mereka tak diisi oleh satu pun perabot atau hiasan.
Alkisah suatu hari si suami pergi ke pasar untuk membeli ikan. Sebelum dapat membeli ikan, dia ternampak mushaf Al-Quran ada dijual. Entah bagaimana, dia tak jadi mendapatkan ikan, tetapi malah menukar wangnya dengan mushaf itu.
Satu lagi masalah, yang baru dia sedar bila sampai di rumahnya: dia tak ada tempat untuk meletakkan naskhah Al-Quran tadi. Akhirnya, keputusan suami isteri ini ialah memegang sendiri Al-Quran itu. Mereka kekal dalam keadaan ini sepanjang malam. Seorang berjaga, seorang tidur. Begitulah sebaliknya secara bergilir². Tujuan mereka supaya tidaklah mushaf itu diletakkan di atas lantai, yang mana tak layak dengan kemuliaan Al-Quran itu sendiri.
Akhirnya, Allah menjadikan suami isteri ini ingat dengan sempurna keseluruhan isi Al-Quran hanya dalam satu malam sahaja.

Kisah ini benar, berlaku di salah satu daerah di India atau Pakistan, dan diceritakan oleh guru yang mengajar saya Al-Quran. Tetapi, jika anda seperti saya, tentu akan terfikir: ada perkara² pelik dalam kisah ini. Seperti bagaimana si suami boleh lupa nak membeli ikan, dan tak adakah pilihan lain selain memegang Al-Quran itu, dan beberapa kepelikan lagi. Di sinilah pentingnya kita berkeyakinan bahawa Allah berkuasa menjadikan apa sahaja, apatah lagi kalau perkara² itu hanya nampak mustahil pada adat yang berlaku seharian sahaja.
Subhanallah.
Subhanallah.
Selain itu, kisah ini juga menunjukkan bahawa amatlah baik dan penting untuk kita memuliakan Al-Quran dan berusaha menjadi sebahagian ahlinya.
Ulasan
Catat Ulasan