Assalamualaikum w.b.t.
Otak ialah organ yang semua orang faham kepentingannya. Yang tak semua orang faham ialah bagaimana cara dia berfungsi. Saya pun.. cuma dalam menjadi penghafal, kenalah juga tahu mekanisma kerjanya atau senang cakap tips and tricks berkenan otak ni.
1. Otak ialah organ, bermakna dia terdiri dari beberapa sistem. Kalau nak faham, kenalah faham satu atau lebih sistem ni secara berasingan, dan macamana nak guna sepenuhnya setiap satu tu.
I. Nak sistem peredaran darah okay, kenalah minum air bagi cukup, makan gula sederhana saja, dan banyakkan hirup udara segar iaitu yang kaya oksigen macam bawah pokok dan waktu awal pagi.
II. Sistem saraf pulak terkenal dengan pengangkutan maklumat dalam badan, termasuk maklumat memori. Yang kita perlu faham, a. setiap sel saraf bekerja secara sehala, macam wayar dalam litarnya. Jadi, perlu berhati-hati jangan silap langsung pada peringkat awal supaya maklumat tak pergi ke arah yang salah. b. Badan sel (mielin) boleh menebal berdasarkan banyak mana latihan kita. Jadi, practice makes mielin, mielin makes perfect.
2. Buatlah sikit kajian atau teroka apa amalan harian yang mencederakan otak. Lepas tu buatlah perubahan beransur-ansur. Contohnya janganlah tidur sambil tutup muka dengan selimut dan pastinya.. jangan hisap rokok. Dan lain².
3. Bacalah buku² yang berkualiti yang menceritakan teknik² belajar. Contohnya Motivasi Alihan Pelajar oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi, dan mungkin The Little Book of Talent oleh Daniel Coyle.
Semua pembaca, dengan pengetahuan yang lebih, InsyaAllah korang boleh buat usaha² bijak di samping usaha² keras dalam mencapai matlamat hafalan masing². Maka bacalah, dan berusahalah.
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan