Assalamualaikum w.b.t.
Al-Quran kalau ditulis akan lebih mudah diingat.Pernah dengar kan perkataan macam ni? Betulkah atau sekadar cakap² kosong sahaja? Mari kita tengok.
Dalam sejarah tamadun manusia, kita dapati dalam banyak tamadun terdapat sistem tulisan tersendiri. Tetapi, pastinya bukan kesemua orang dapat membaca bukan? Bahkan ada masyarakat yang tak menggunakan langsung sebarang sistem tulisan. Jadi, apa yang timbul dalam fikiran ketika mereka bercakap? Jawapannya: gambar. Baiklah.
Oleh sebab itu, otak manusia telah berkembang dengan sangat baik dalam mengingat gambar. Kadang-kadang jauh lebih baik kalau nak dibandingkan dengan idea² abstrak dan terjemahan.
Seterusnya, mereka yang menulis Al-Quran sebenarnya sedang membantu otak mengingat hafalan tersebut dengan gambar. Gambar apa? Iaitu gambar tulisan arab dalam Al-Quran itu. Pembaca semua, saya sendiri juga menggunakan cara ini dan ia banyak membantu. Walaupun tak begitu faham bahasa arab, tetapi banyak kesilapan boleh dielakkan kalau gambaran huruf² itu ada dalam fikiran.
Yang perlu diingat, kesan ini akan berlaku hanya selepas beberapa lama kita menulis. Harap jangan menjangka akan dapat hasil kalau baru sehari dua mencuba ya..
Akhir sekali, saya menggalakkanlah bagi semua penghafal untuk cuba kaedah ini walaupun tak pernah menulis bahasa Arab. Sebabnya memang tujuannya untuk masukkan gambaran tulisan tu ke dalam otak. Selamat mencuba!
Ulasan
Catat Ulasan