Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apa itu Saba'?

🙋🙋Haii!! Assalamualaikum wbt. Saya memang teringin nak hafal Al-Quran ni, tapi tak tahu dari mana nak mula..   😢😢😢😢 Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mari saya tunjukkan asas bagaimana Al-Quran dihafal di seluruh dunia. APA ITU SABA'? Jika anda seorang penghafal, sudah tentu akan melalui pengalaman menghafal ayat-ayat Al-Quran buat kali pertama. Setiap ayat tersebut ialah hafalan baru anda, yang dalam istilah institusi tahfiz dipanggil Saba'. APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU? Selain Saba', ada lagi istilah-istilah lain untuk jenis-jenis hafalan, yang begitu popular di pusat-pusat tahfiz di seluruh dunia. Berikut senarai terminologi utama dalam sistem tahfiz Al-Quran.  1. Saba' : Hafalan baru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal buat pertama kali, dan akan dibaca di hadapan seorang guru atau mustami' (pendengar).   2. Sabki : Ulangan terbaru. Iaitu ayat-ayat Al-Quran yang sudah selesai dihafal dan dibaca di hadapan guru dalam masa terde...
Catatan terbaharu

Adab Pembawa Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t. PENGENALAN At-Tibyan fi Adab Hamalatul Quran. Ini kitab karangan Al-Imam An-Nawawi. Al- Imam an-Nawawi ialah seorang sarjana dan pemikir Muslim dalam bidang fiqh dan Hadis. Beliau lahir di Nawa, dekat Damsyik, Syam.   ISI KITAB  Adab. Sesuai dengan nama, isi kitab ini menyentuh dengan penekanan berat bagaimana pembawa Al-Quran mesti beradab dengan Al-Quran.  Kelebihan Al-Quran. Al-Quran sarat dengan kelebihan. Terutama untuk mereka yang mencari keamanan di akhirat.  KESIMPULAN Kitab ini sangat sesuai dijadikan bahan pengajian untuk semua yang mencintai Al-Quran.    

Kaedah Tulisan

Assalamualaikum w.b.t.    Al-Quran kalau ditulis akan lebih mudah diingat.    Pernah dengar kan perkataan macam ni? Betulkah atau sekadar cakap² kosong sahaja? Mari kita tengok.    Dalam sejarah tamadun manusia, kita dapati dalam banyak tamadun terdapat sistem tulisan tersendiri. Tetapi, pastinya bukan kesemua orang dapat membaca bukan? Bahkan ada masyarakat yang tak menggunakan langsung sebarang sistem tulisan. Jadi, apa yang timbul dalam fikiran ketika mereka bercakap? Jawapannya: gambar. Baiklah.    Oleh sebab itu, otak manusia telah berkembang dengan sangat baik dalam mengingat gambar. Kadang-kadang jauh lebih baik kalau nak dibandingkan dengan idea² abstrak dan terjemahan.    Seterusnya, mereka yang menulis Al-Quran sebenarnya sedang membantu otak mengingat hafalan tersebut dengan gambar. Gambar apa? Iaitu gambar tulisan arab dalam Al-Quran itu. Pembaca semua, saya sendiri juga menggunakan cara ini dan ia banyak membantu. ...

M.A.

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? M.A. ialah kependekan Madrasah Al-Arham. Tetapi, M.A. bukanlah sebuah pusat pendidikan melainkan hanya nama bagi suatu idea atau ilham tentang pendidikan. Khususnya pendidikan islam, pendidikan di Malaysia, pendidikan sepanjang hayat dan integrasi pendidikan. Niat saya ialah 1. berbincang dengan para pembaca tentang kaedah yang paling baik dalam setiap satu dan kesemua 4 perkara khusus di atas, 2. menentukan persediaan paling lengkap untuk laksanakan no. 1, 3. meneruskan perbincangan secara istiqamah untuk masa yang lama supaya idea ini dapat menjadi matang, 4. mengeluarkan hasil terbaik dari perbincangan, 5. menyediakan semua keperluan dalam no. 2 termasuk pasukannya, dan 6. menyediakan diri sendiri untuk ini dan akhirnya melaksanakannya.    Wow! Seriusnya! Taklah.. ini memang perkara penting dan menarik, tapi hanya nak dibincangkan dengan fakta² ringkas sahaja dan pada tahap pemikiran pemuda² sahaja.  Caranya ial...

Sekilas kehidupan hafiz (versi pelajar)

Assalamualaikum w.b.t. Kisah Hafiz (dan kawan²) semasa dalam Pengajian    Kami bangun jam 4.30 pagi. Tak mengejutkan untuk pelajar² hafiz, bukan? Mesti mandi masa tu, kalau tak mungkin tak ada mandi dah untuk pagi tu. Kelas pagi sebelum subuh selalunya kami guna untuk lancarkan saba'. Saba' tu istilah untuk muka² yg kita sebut HB sebelum ni. Tapi ada saja yang guna sesi tu untuk benda lain, macam para-saba' (UB), manzil (UL) dan ada ja yang tidur. Pukul 5 pagi.. Tak hairanlah kan? Lepas subuh hantar saba'. Tasmi' dengan ustaz. Nama guru saya Ustaz Suhaimi. Selepas hantar saba' ialah suatu masa yang penting, kalau mereka berfikir. Sebabnya ialah di situ ada gabungan masa suasana yang menyegarkan, kemampuan tumpuan tinggi, perut kosong, dan satu lagi sebab*. *Akan diterangkan kemudian. Semua ni sangat membantu ketajaman akal.    Selepas itu: makan, khidmat kebersihan, solat dhuha, masuk kelas semula untuk UB, dan sebelum habis kelas mesti ulang siap²...

Otak

 Assalamualaikum w.b.t. Otak ialah organ yang semua orang faham kepentingannya. Yang tak semua orang faham ialah bagaimana cara dia berfungsi. Saya pun.. cuma dalam menjadi penghafal, kenalah juga tahu mekanisma kerjanya atau senang cakap tips and tricks berkenan otak ni.    1. Otak ialah organ, bermakna dia terdiri dari beberapa sistem. Kalau nak faham, kenalah faham satu atau lebih sistem ni secara berasingan, dan macamana nak guna sepenuhnya setiap satu tu.    I. Nak sistem peredaran darah okay, kenalah minum air bagi cukup, makan gula sederhana saja, dan banyakkan hirup udara segar iaitu yang kaya oksigen macam bawah pokok dan waktu awal pagi.    II. Sistem saraf pulak terkenal dengan pengangkutan maklumat dalam badan, termasuk maklumat memori. Yang kita perlu faham, a. setiap sel saraf bekerja secara sehala, macam wayar dalam litarnya. Jadi, perlu berhati-hati jangan silap langsung pada peringkat awal supaya maklumat tak pergi ke ...